China Memang Sengaja Tunggu Pilihan Raya Presiden AS Ke?

287

China nampaknya tidak tergesa-gesa untuk memenuhi komitmen dalam perjanjian perdagangannya dengan Amerika Syarikat, di mana negara itu dilaporkan hanya membuat satu pertiga pembelian barangan AS daripada yang dijanjikan setakat ini.

Menurut data kastam terbaru, China dilaporkan telah membeli kira-kira 33% daripada sasaran tahun ini untuk pembelian sebanyak $170 bilion.

Ini membawa maksud negara itu perlu membuat pembelian kira $115 bilion lagi dalam tempoh empat bulan terakhir tahun ini untuk mematuhi perjanjian yang ditandatangani pada bulan Januari.

Sementara itu, data turut menunjukkan bahawa pembelian terhadap barangan tenaga dilaporkan berkurang sebanyak 24% pada Ogos daripada bulan sebelumya, mencapai sekitar 14% daripada sasaran keseluruhan untuk tahun ini.

China juga didapati telah mengurangkan import daging babi dari AS hampir 40% pada Ogos, tetapi pembelian terhadap kacang soya pula dilihat meningkat hampir 300% daripada bulan sebelumnya.

Berikutan pengurangan pembelian oleh China ini, ia pastinya akan menimbulkan risiko terhadap Presiden AS Donald Trump menjelang pilihan raya presiden pada 3 November depan.

Pada Ogos lalu, Amerika Syarikat dan China telah menegaskan kembali komitmen mereka terhadap perjanjian perdagangan ini dengan menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama walaupun ketegangan meningkat berikutan beberapa isu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat