China Merajuk, Tidak Mahu Berbincang Dengan Australia!

961

Semalam, Australia telah menggesa China untuk mengadakan perbincangan bersama bagi meredakan ketegangan antara 2 buah negara tersebut. Kedua-dua buah negara itu telah berhadapan dengan krisis apabila Australia menyokong usaha kebanyakan negara untuk menjalankan penyiasatan terhadap China berkenaan punca wabak coronavirus.

Tambahan daripada itu, Australia juga melemparkan tuduhan terhadap China bahawa negara itu telah campur tangan dalam urusan domestik dan pengaruhnya didapati telah berkembang di wilayah Pasifik.

Akan tetapi, China telah mendakwa bahawa Australia mempunyai tipu muslihat. Oleh yang demikian negara kuasa besar berkenaan telah bertindak menangguhkan import daging lembu daripada 4 buah syarikat pemproses daging lembu terbesar Australia serta mengancam untuk mengenakan cukai baru terhadap import barli.

Menurut Menteri Perdagangan Australia, Simon Birmingham, beliau telah berusaha untuk mengadakan perbincangan bersama China. Namun begitu, usaha tersebut menemui jalan buntu apabila China menolak permintaannya itu.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa Australia berhak untuk mengemukakan tuntutan kepada China melalui Organisasi Perdagangan Dunia sekiranya Beijing berkeras untuk mengenakan cukai baru terhadap barli Australia.

Walau bagaimanapun, Australia menyatakan bahawa penyiasatan berkenaan asal usul coronavirus tidak ditujukan secara politik terhadap Beijing akan tetapi dikhususkan kepada pasar basah yang terdapat di wilayah Wuhan, China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat