China ‘Terkena’ Lagi Dengan AS!

920

Menurut sebuah sumber, Amerika Syarikat akan menyenaraihitam puluhan syarikat China, termasuk pembuat chipmik SMIC negara itu mulai hari ini. Selain itu, tindakan tersebut diambil dalam tempoh hanya beberapa minggu sebelum Presiden terpilih Demokrat Joe Biden dijadualkan memegang jawatan pada 20 Januari.

Di samping itu, Jabatan Perdagangan dijangka akan menambahkan sekitar 80 syarikat dan rakan kongsi tambahan ke dalam senarai berkenaan dan kebanyakan syarikat adalah dari China.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh kementerian luar negeri China, penyenaraihitaman tersebut didakwa akan menjadi bukti penindasan AS terhadap syarikat-syarikat China dan Beijing akan terus mengambil tindakan selanjutnya untuk melindungi hak-hak mereka.

Walau bagaimanapun, SMIC dan Jabatan Perdagangan tidak mahu mengemukakan sebarang komen berkenaan isu tersebut.

Sementara itu, Jabatan Perdagangan dikhabarkan akan menyenaraikan beberapa syarikat China yang didakwa mempunyai hubungan dengan tentera China, termasuk beberapa syarikat yang membantu negara berkenaan dalam membina dan militerisasi pulau-pulau buatan di Laut China Selatan, serta beberapa yang terlibat dalam tuduhan pelanggaran hak asasi manusia.

Sebelum ini,Pentadbiran Trump sering menggunakan senarai entiti yang kini merangkumi lebih daripada 275 syarikat dan rakan kongsi yang berpusat di China bertujuan untuk memberikan tekanan terhadap industri utama China.

Ianya termasuk syarikat gergasi peralatan telekomunikasi Huawei Technologies Co dan 150 rakan kongsi, dan ZTE Corp atas pelanggaran sekatan, serta pembuat kamera pengawasan Hikvision atas penindasan terhadap minoriti Uighur China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat