China Umum Pengurangan Kepada Separuh Daripada Tarif Barangan Import A.S

277

Pada Khamis, China mengumumkan akan mengurangkan tambahan tarif ke atas beberapa barangan import Amerika Syarikat kepada separuh, berkuatkuasa pada 14 Februari 2020.

Menurut kenyataan terbaru Kementerian Kewangan China, kadar tarif 10% ke atas beberapa barangan dari A.S akan dikurangkan kepada 5%, manakala barangan lain yang dikenakan tarif 5% pula diturunkan kepada 2.5%.

Pelarasan ini akan dikuatkuasakan ke atas kira-kira $75 bilion import dari Amerika Syarikat yang dikenakan tarif pada 1 September 2019, iaitu ketika ketegangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu meningkat.

Susulan pengumuman tersebut, China berharap supaya kedua-dua pihak akan mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui dalam perjanjian fasa 1 dan berusaha untuk melaksanakannya dengan baik untuk meningkatkan keyakinan pasaran, memacu pembangunan perdagangan dua hala dan pertumbuhan ekonomi dunia.

Antara produk yang menerima pengurangan tarif adalah barangan automotif, barangan pertanian termasuk daging babi, ayam, daging lembu dan soya, bahan kimia, minyak mentah, wiski dan makanan laut.

Dalam kenyataan itu, Kementerian Kewangan China tersebut tidak menyatakan sama ada pengurangan ini berkaitan dengan penularan coronavirus, sebaliknya ia dikatakan untuk memacu perkembangan perdagangan AS-China yang sihat dan stabil.

Menurut laporan Reuters pada Isnin, China dikatakan berharap bahawa A.S akan bersetuju untuk memberi kelonggaran ke atas beberapa syarat yang dipersetujui dalam perjanjian fasa 1 berikutan penyebaran coronavirus yang sedang berlaku di negara itu telah membantutkan operasi perniagaan dan pengeluaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat