Cristiano Ronaldo ‘Rembat Gol’ NFT Bersama Binance

207

Syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Binance bakal melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) pertama pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo (CR7) pada hari Jumaat ini (19 November).

Kolaborasi ekslusif tersebut merupakan inisiatif pemasaran global untuk menyokong pelancaran tersebut di samping menarik jutaan pengikut Ronaldo ke dunia Web3.

Rentetan itu, NFT pertama beliau akan menampakkan tujuh koleksi animasi dengan tahap rare yang berbeza, iaitu Super Super Rare (SSR), Super Rare (SR), Rare (R) dan Normal.

Malah, koleksi aset digital tersebut turut memperlihatkan adegan-adegan ikonik Ronaldo, seperti jaringan ‘tendangan basikal’nya semasa perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah menentang Juventus musim 2017/2018.

Dengan memiliki NFT tersebut, para pembeli akan memperoleh mesej peribadi Ronaldo, barangan CR7 dan Binance yang ditandatangani, kotak misteri serta kemudahan akses awal (whitelist) jika terdapat NFT baharu yang dilancarkan pada masa hadapan.

Diperjelaskan juga bahawa koleksi NFT itu akan dijual di pasaran Binance NFT dengan harga bidaan bermula pada 10,000 atau 1,700 BUSD untuk SSR dan SR.

Manakala bagi Normal, bidaan akan dimulakan pada 77 BUSD dan NFT akan diberikan kepada pembeli yang membida dengan harga paling tinggi.

Dalam pada itu, kotak misteri Ronaldo akan tersedia kepada 1.5 juta pengguna baharu Binance yang mendaftar dengan ID di bawah nama RONALDO dan pengguna Amerika Syarikat (AS) turut menerima cenderahati NFT secara percuma daripada Binance.US jika membuat deposit pada platformnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat