CIMB Teruskan Aktiviti Pembuat Pasaran Waran Berstruktur Selepas Berdepan Gangguan

172

CIMB Bank Bhd, anak syarikat CIMB Holdings Bhd memaklumkan bahawa syarikat tersebut akan menyambung semula aktiviti pembuatan pasaran yang melibatkan waran berstruktur selepas menyelesaikan isu teknikal yang dibelenggu sebelum ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh CIMB kepada Bursa Malaysia, mereka akan menyambung semula aktiviti pembuatan pasaran untuk semua waran berstruktur yang dikeluarkan CIMB.

Dalam istilah perdagangan ekuiti, pembuat pasaran membeli dan menjual sekuriti untuk menjana kecairan dalam pasaran dan waran berstruktur ialah instrumen hak milik yang dikeluarkan oleh pihak ketiga seperti broker atau institusi kewangan yang layak.

Ia seperti membuat ‘tempahan’ untuk membeli atau menjual jumlah yang telah ditetapkan bagi instrumen pendasar pada harga tertentu pada masa depan apabila melabur dalam waran berstruktur dan waran tersebut boleh dikeluarkan ke atas aset pendasar seperti saham, dana dagangan bursa, indeks atau sekumpulan saham.

Pagi Rabu jam 9.59 menyaksikan saham CIMB Group jatuh 3 sen atau0.6% pada RM4.99 yang memberikan nilai pasaran RM51 bilion. Jumlah saham CIMB Group yang dilaporkan terkini berjumlah 10.22 bilion menurut Bursa pada 28 Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat