Ciri Baru Pada Wallet SOLANA Boleh Kesan Scammer NFT

129

Wallet Phantom telah dilancarkan oleh Solana bagi melancarkan ciri terbarunya dengan membenarkan pengguna mengeluarkan non-fungible token (NFT) yang dihantar oleh penipu.

Menurut catatan blog daripada pasukan Phantom, ciri terbarunya membenarkan pengaksesan melalui tab Burn Token dalam aplikasi Phantom wallet yang membolehkan pengguna menerima deposit Solana (SOL) setiap kali mereka menggunakannya.

Phantom masih dalam Wild West Web3. Setelah ekosistem kripto semakin berkembang, bilangan penipu juga akan meningkat yang mencuri dana pengguna. Dengan ini, pertumbuhan pesat dalam populariti NFT telah membawa kepada kaedah serangan penipuan yang semakin berleluasa.

Oleh itu, Phantom menyatakan bahawa isu tersebut telah berleluasa terutamanya pada Solana disebabkan yuran transaksinya yang rendah, termasuklah penipu sering berniat jahat dengan menyiarkan NFT percuma.

Hal ini dapat dilihat apabila spam NFT menggesa penerima mengklik pautan bagi menghasilkan NFT percuma. Jika penerima melengkapkan prosesnya, maka dananya akan hilang daripada wallet.

Kini, penipuan sudah menjadi semakin canggih. Misalnya, setelah mengenal pasti alamat kontrak serta domain, penipu dapat mengubah metadata NFT untuk mengelak daripada disenarai sekat.

Dengan ini, langkah tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif Phantom untuk menentang spam NFT.

Sehubungan itu, pasukan telah memerangi penipu melalui sistem amaran pancingan data yang akan mengeluarkan amaran kepada pengguna tentang sebarang niat jahat dalam transaksi boleh menjejaskan aset atau kebenarannya selepas klik pada pautan yang meragukan.

Phantom juga sedang bekerjasama dengan Blowfish untuk menambah baik cara memberi amaran kepada pengguna tentang percubaan pancingan data serta pengguna boleh menantikan pengesahan spam yang lebih automatik pada masa hadapan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat