Colchicine Boleh Rawat Covid-19?

4,196

Colchicine, yang kebiasaannya digunakan sebagai ubat anti-radang akan dikaji sebagai kemungkinan rawatan untuk Covid-19 dalam percubaan Randomized Evaluation of Covid-19 Therapy (RECOVERY).

Percubaan RECOVERY, yang merupakan percubaan klinikal rawatan terbesar bagi pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana Covid-19, secara rawak akan memperuntukkan sekurang-kurangnya 2,500 pesakit yang akan menerima ubat berkenaan.

Selain itu, Colchicine adalah ubat yang menarik untuk dinilai dalam percubaan tersebut kerana ianya murah dan mudah untuk didapati. Untuk pengetahuan semua, Colchicine berharga kira-kira $ 124 untuk 30 kapsul di laman web drug.com.

Menurut para saintis yang terlibat dalam percubaan itu, keradangan memainkan peranan utama dalam Covid-19 dan rawatan dengan dexamethasone, ubat anti-radang lain, telah menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan risiko kematian pada pesakit yang paling parah.

Sementara itu, pada awal bulan ini, salah satu percubaan terbesar di Britain juga mengkaji aspirin yang merupakan ubat penahan sakit sebagai kemungkinan rawatan untuk Covid-19, menilai sama ada ia dapat mengurangkan risiko pembekuan darah terhadap individu yang menghidap penyakit berkenaan.

Di samping itu, rawatan lain yang diuji dalam percubaan RECOVERY termasuk azithromycin antibiotik biasa dan koktail antibodi Regeneron yang digunakan untuk merawat gejala Covid-19 Presiden AS Donald Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat