Corak ‘Bullish’ Masih Kekal Pada Carta AUD/USD, Harga Capai Paras Tertinggi 5 Bulan

93

Menyambung corak pergerakan minggu lalu, US dolar masih didagangkan lemah setelah pelabur melihat petunjuk yang semakin meyakinkan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan pengetatan dasar monetari.

Selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan penurunan 6 bulan berturut-turut, para penggubal polisi mula melihat pilihan kenaikan kadar faedah lebih rendah iaitu 25 ke 50 mata asas.

Justeru, reaksi pasaran sejak minggu lalu terus menyaksikan pegangan US dolar dilepaskan sehingga dijangkakan menjelang mesyuarat FOMC pada awal Februari nanti.

Mata wang utama yang lain dalam pasaran bakal memanfaatkan situasi ini untuk kembali catatkan peningkatan nilai semula.

Dolar Australia turut mencatatkan kenaikan berbanding US dolar untuk beberapa minggu sebelum ini.

Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, corak bullish masih dipaparkan sehingga minggu lalu ekoran faktor penyusutan ketara oleh US dolar.

Selepas mengakhiri dagangan minggu lalu di bawah paras 0.70000, harga yang memulakan dagangan di awal sesi Asia pagi ini terus melonjak melepasi paras tersebut dengan susut semula di pembukaan awal sesi Eropah.

Lonjakan tersebut telah mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 bulan dengan jangkaan kenaikan harga masih akan diteruskan.

Turut menunjukkan isyarat bagi trend bullish adalah harga yang masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD.

Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan dilihat akan menuju ke sekitar 0.71000 yang bakal menjadi zon rintangan terbaru buat harga.

Namun jika berlaku penurunan semula, harga yang gagal kekal berada di atas paras 0.70000 berkemungkinan susut kembali ke zon RBS (resistance become support) pada 0.69000.

Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut akan memberi isyarat terbaru bahawa perubahan trend harga sedang berlaku.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat