Corak Kenaikan Gagal Diteruskan, GBP/USD Terjun Semula 100 Pips!

479

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat gagal mengekalkan corak kenaikan harga selepas harga menjunam semula pada sesi New York semalam.

Hal ini adalah berikutan faktor utama yang menjadi tumpuan iaitu data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan meningkat ke paras tertinggi 13 tahun telah mengukuhkan US dolar berbanding mata wang utama lain.

Sentimen positif menjelang pembukaan ekonomi UK yang semakin hampir gagal menyokong Pound untuk mengekang asakan pengukuhan US dolar semalam.

Harga pada carta GBP/USD kembali menjunam ke paras 1.38000 setelah berlegar-legar di zon rintangan 1.39000 selama 2 hari.

Harga juga telah kembali turun semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk permulaan trend bearish semula.

Pelabur bakal menjangkakan kejatuhan harga lebih rendah di bawah paras 1.38000 dan menguji semula paras sokongan minggu lalu sekitar 1.37400 sebelum menuju ke zon support 1.37000.

Penurunan lebih rendah di bawah zon support tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 5 bulan.

Sekiranya harga berjaya paparkan lonjakan semula melepasi halangan MA50, zon rintangan pada 1.39000 akan kembali diuji sekali lagi.

Melepasi halangan tersebut barulah akan memberi petunjuk lebih jelas untuk kenaikan lebih tinggi harga pada carta GBP/USD.

Kenaikan lebih tinggi bakal mendorong jangkaan harga untuk menuju ke zon SBR (support become resistance) tumpuan pada 1.40000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat