COVID-19 Di Indonesia Lebih Parah Berbanding Krisis Ekonomi-Jokowi

1,078

Menurut Presiden Indonesia, Joko Widodo, wabak pandemik coronavirus yang melanda negara itu lebih parah berbanding krisis ekonomi Asia lebih dari 2 dekad yang lalu kerana wabak tersebut bukan sahaja menjejaskan sektor ekonomi bahkan mampu meragut nyawa puluhan ribu mangsa. Sebelum ini, Indonesia telah pun berhadapan dengan krisis pada tahun 1998 yang mengakibatkan sektor perbankannya terjejas namun kini, virus berjangkit COVID-19 telah memberikan impak yang lebih besar terhadap sektor perniagaan kecil dan besar.

Selain itu, beliau mendedahkan bahawa Indonesia bakal mencatatkan pertumbuhan negatif 3% hingga 3.8% untuk suku kedua.  Bahkan situasi ekonomi negara itu pada tahun 2020 dikatakan kelihatan kabur. Tambahnya lagi, keadaan semasa sentiasa berubah pada setiap minggu dan bulan.

Oleh yang demikian, negara itu telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai hampir $50 bilion dolar manakala industri perbankan bertindak untuk menurunkan kadar faedah pada semalam.

Untuk pengetahuan semua, Indonesia telah merekodkan hampir 44,000 kes jangkitan sekaligus menjadikannya negara paling terjejas di Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana negara tersebut didakwa mencatatkan peningkatan kes jangkitan secara mendadak pada beberapa minggu kebelakangan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat