Covid-19 Melanda China, 2 Pembuat Cip Terbesar Dunia Ini Beri Amaran!

1,087

Samsung Electronics dan Micron Technology memberi amaran bahawa pengetatan sekatan di hub perindustrian utama China akan menjejaskan pembuatan cip mereka.

Kedua-dua pembuat cip terbesar dunia ini mengatakan mereka perlu mengubah operasi di bandar Xi’an yang sedang berdepan dengan salah satu penularan komuniti terburuk Covid-19.

Menurut Samsung, ia terpaksa melaraskan sementara operasi di kilang pembuatan untuk cip NAND flash memory, yang digunakan untuk penyimpanan data di pusat data, telefon pintar dan alat teknologi lain.

Tambah syarikat gergasi Korea Selatan itu lagi, melindungi pekerjanya di bandar itu masih menjadi keutamaannya, dan ia merancang untuk mengambil semua langkah yang perlu termasuk memanfaatkan rangkaian pembuatan global bagi memastikan pelanggan mereka tidak terjejas.

Sementara pengeluar cip Amerika Syarikat, Micron pula mengatakan penutupan di bandar Xi’an boleh menyebabkan kelewatan dalam bekalan cip memori DRAMnya, yang digunakan secara meluas dalam pusat data.

Kelembapan dalam pengeluaran tersebut dilihat akan memburukkan lagi isu kekurangan cip yang dihadapi seluruh dunia pada ketika ini.

Xi’an merupakan sebuah bandar yang terletak di wilayah Shaanxi, telah melaporkan 1,117 jumlah kes dalam penularan terbaru. Susulan itu, ia mengumumkan sekatan ke atas 13 juta penduduknya pada minggu lalu, menjadikannya antara yang terbesar di China sejak Wuhan, yang telah melibatkan 11 juta orang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat