COVID-19: Usaha Belum Terhenti, ECB Perkenalkan Pakej Pelonggaran Cagaran Sementara

423

Bank Pusat Eropah (ECB) telah mengumumkan akan melaksanakan pelonggaran cagaran sementara, yang mana ia belum pernah dilaksanakan sebelum ini dalam usahanya untuk meningkatkan pinjaman bank ketika berdepan dengan krisis pandemik coronavirus.

Pakej itu dikatakan untuk memudahkan peningkatan pembiayaan bank terhadap pinjaman kepada korporat dan isi rumah dengan mengurangkan syarat-syarat yang mana tuntutan kredit diterima sebagai cagaran.

Hal ini akan dapat dicapai dengan memperluaskan penggunaan tuntutan kredit sebagai cagaran, khususnya menerusi pengembangan potensi kerangka tuntutan kredit tambahan (ACC).

Rangka kerja ACC memberi peluang kepada bank pusat untuk memperluaskan skop tuntutan kredit yang layak kepada pihak-pihak yang terlibat dalam bidang kuasa mereka. Ini termasuk peluang untuk menerima pinjaman dengan kualiti kredit yang lebih rendah dan pinjaman matawang asing.

ECB memaklumkan akan menerima cagaran dalam bentuk pinjaman yang dijamin kerajaan kepada syarikat kecil dan sederhana, pekerja dan isi rumah. Langkah ini dibuat selepas negara-negara anggota EU seperti Jerman menawarkan untuk menanggung sepenuhnya pinjaman tersebut bagi melindungi syarikat-syarikat yang terjejas oleh COVID-19.

Selain itu, bank pusat itu juga bersetuju untuk meningkatkan toleransi risiko Eurosystem untuk menyokong pemberian kredit melalui operasi pembiayaan semula, terutamanya dengan menurunkan potongan harga cagaran untuk semua aset yang konsisten.

Bulan lalu, ECB telah melancarkan skim pembelian bon bernilai €750 bilion untuk menggalakkan perbelanjaan dan pelaburan di zon Eropah bagi melindungi ekonomi yang terjejas akibat coronavirus.

Peningkatan harian dalam bilangan kes dan kematian di rantau itu dilihat semakin berkurangan pada minggu ini, termasuk Itali dan Sepanyol yang sebelum ini telah mencatatkan penambahan harian terbesar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat