CPI AS Cetus Isyarat ‘Bearish’ Untuk EUR/USD

259

Data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam telah memberi impak terhadap pergerakan US dolar seperti yang dijangkakan.

Meneliti laporan, bacaan tahunan indeks harga pengguna (CPI) pada Februari adalah meningkat kepada 3.2% berbanding ramalan untuk kekal di paras 3.1%.

Ini telah membuatkan US dolar mengukuh semula selepas berterusan alami penyusutan sepanjang minggu lepas.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semakin condong ke bawah walaupun agak mendatar.

Isyarat bearish dinilai selepas harga mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Penurunan harga di sesi New York semalam dilihat mencecah zon 1.09000 dan seperti dijangka harga menunjukkan reaksi di sekitar tersebut.

Lantunan semula harga berlaku untuk ditutup di sekitar 1.09270 dan harga kekal perlahan menyambung dagangan pada awal sesi Asia pagi ini (Rabu).

Dengan corak semasa yang sedang dipaparkan, harga dilihat cenderung untuk alami penurunan dengan zon 1.09000 akan terus diuji.

Jika harga tembus lebih rendah melepasi zon itu, harga dijangka akan melanjutkan penurunan menuju sehingga ke 1.08000.

Namun, jika penurunan tidak berlaku sebaliknya harga membuat kenaikan semula melepasi halangan MA50, corak pergerakan menaik minggu lalu berkemungkinan akan diteruskan.

Sasaran adalah untuk mencapai paras 1.10000 yang dilihat sebagai rintangan terhampir untuk diuji harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR.USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat