Curi Berjuta Deposit Pelanggan, CEO Bursa Kripto Korea Dipenjara 8 Tahun!

408

“Haih apa nak jadi la CEO sekarang, asyik menipu untuk curi duit orang je.”

Mahkamah daerah Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Teknologi (CTO) bursa mata wang kripto Bitsonic susulan mencuri dana pelanggan berjuta-juta dolar Amerika Syarikat (AS).

Diperjelaskan lebih lanjut, Ketua Hakim Lee Jong-Chae melaksanakan hukuman tersebut kepada CEO Bitsonic Jinwook Shin dan CTO dikenali sebagai Bae semasa perbicaraan pertama kes itu di Mahkamah Daerah Timur Seoul.

Shin didapati bersalah memanipulasi harga kripto dan volum dagangan pada Bitsonic dari Januari 2019 hingga Mei 2021 menggunakan kaedah beli balik di mana ia melibatkan pembelian balik sejumlah besar Bitsonic Coin (BSC) untuk menaikkan harga tokennya.

Selain mengaplikasikan kaedah beli balik, CEO memasukkan mata Won Korea palsu ke dalam sistem Bitsonic untuk mencipta ilusi pertukaran yang menerima deposit banyak tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Melalui teknik itu, Shin merekrut 101 pelabur kemudian curi wang tunai dan deposit kripto bernilai $7.5 juta dan ini telah menyebabkan mahkamah mendakwa beliau atas tuduhan penipuan, pemalsuan rekod diri terdahulu dan halangan perniagaan oleh komputer.

Bae dijatuhkan hukuman atas tuduhan menghalang perniagaan susulan gangguan komputer disebabkan mencipta dan mengendalikan program yang membenarkan Shin melaksanakan kaedah pembelian balik.

Umum mengetahui pihak berkuasa Korea Selatan menahan Shin pada Ogos 2023 iaitu dua tahun sejurus selepas Bitsonic mengumumkan penutupan operasinya susulan isu dalaman dan luaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat