“Pelabur rasa harga BTC nak pergi mana minggu ni?”
Harga ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) tergelincir di bawah $29,045 apabila bursa stablecoin Curve Finance dilaporkan mengalami eksploitasi sehingga memberi risiko kepada lebih $100 juta dalam aset digital.
Bagaimanapun, harga BTC pada masa ini pulih semula apabila para pelabur semakin tindak mengendahkan peristiwa makroekonomi yang tercetus, kata Jow DiPasquale iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BitBull Capital.
Bukan itu sahaja, kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) turut menyaksikan penurunan sejurus selepas penggodaman Curve Finance tersebut manakala Curve DAO (CRV) menjunam lebih 16% pada hari Ahad semalam dan baru-baru ini terjun lagi 15.17% untuk didagangkan pada paras $0.62.
Meskipun begitu, seluruh pasaran kripto kini akan lebih menumpukan perhatian pada terbitan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) susulan pelabur menjangkakan pasaran pekerjaan berkemungkinan perlahan.
Ditambah pula Federal Reserve (Fed) dilaporkan akan menghentikan kenaikan kadar faedah pada tahun depan, oleh itu pelabur berpandangan harga aset digital dapat bangkit semula daripada kejatuhannya pada tahun lepas.
Namun perlu diingatkan bahawa DiPasquale tidak menjangkakan pasaran kripto akan mendaki dalam semalaman sahaja tetapi lonjakan harga utama seterusnya diramal berlaku semasa acara halving pada tahun 2024.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC mencanak sebanyak 0.20% pada paras $29,397 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $571 bilion tetapi tetap mencatatkan penurunan 1.86% sepanjang minggu lepas.
Manakala ETH pula menyusut sekitar 0.65% pada paras $1,868 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $226 bilion dan Ripple (XRP) terjun 0.38% pada $0.70 serta turun 3.87% dalam masa tujuh hari lepas.