CZ Letak Jawatan Sebagai CEO Binance!

296

“Selalunya orang akan pertahankan jawatannya, tapi CZ ni macam relax je.”

Changpeng Zhao (CZ), bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance akhirnya membuat keputusan meletak jawatannya sebagai Pengerusi Binance Holdings Ltd yang merupakan cabang Amerika Syarikat (AS) bagi bursa mata wang kripto global.

Selain bersetuju untuk berundur daripada lembaga pengarah, CZ turut memindahkan bahagian pengundiannya melalui pengaturan proksi.

Semasa menjelaskan mengenai penyelesaian yang ditandatanganinya bersama DOJ, FinCEN dan CFTC, Binance US berkata bahawa mereka sama sekali bukanlah pihak yang mempunyai isu penguatkuasaan belum selesai.

Hal ini kerana operasinya tidak terkesan susulan Norman Reed kekal sebagai CEO Binance US yang disokong oleh senarai ahli pasukan pengurusan berpengalaman sungguhpun terdapat laporan terbaru berhubung pengurangan bahagian pasaran.

Oleh demikian, Binance US akan terus komited untuk mengukuhkan lagi pematuhannya supaya tidak terpalit dalam sebarang isu pengawalseliaan.

Pengumuman daripada Binance US telah menghantar isyarat bercampur-campur pada pasaran kripto lebih luas kerana ramai pengkritik berpandangan mereka ingin melindungi diri sendiri semata-mata sebagai tindak balas pada tindakan keras kawal selia yang dikenakan terhadap CZ.

Rentetan daripada tindakan DOJ terhadap CZ, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) sudah pun mencari bukti ketidakwajaran di Binance US untuk mengetatkan langkah kerasnya dalam mendakwa bursa kripto global itu.

CZ baru-baru ini telah mengulangi bahawa beliau bukan sahaja stabil dari segi mental malah merancang untuk memberi tumpuan pada usaha penyelidikan baharu dengan pembiayaan kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat