Dagangan AUD/USD Meningkat Selepas Keputusan Mesyuarat RBA

358

Selepas keputusan mesyuarat polisi bank pusat Australia sebentar tadi, dolar Australia dilihat tidak memberikan reaksi yang ketara dan bergerak perlahan menuju pembukaan sesi Eropah.

Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras terendah 0.10% seperti yang telah dijangkakan pasaran.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga bergerak menurun dari paras 0.76600 pada awal sesi Asia sehingga ke paras sekitar 0.76300.

Walapun RBA dilihat menyampaikan kenyataan bernada dovish dan boleh mendorong penyusutan dolar Aussie, namun harga pada carta AUD/USD dilihat menunjukkan kenaikan ke paras 0.76500 yang merupakan zon rintangan harga sejak minggu lalu.

Harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberi isyarat untuk trend bullish, namun adakah harga mampu meneruskan kenaikan selepas mesyuarat RBA hari ini?

Sekiranya harga berjaya menyambung kenaikan melepasi zon rintangan 0.76500-0.76700, kenaikan harga seterusnya akan menuju ke paras ketinggian terbaru sekitar 0.77500.

Kenaikan harga juga akan didorong oleh faktor penyusutan berterusan US dolar dalam pasaran yang dipengaruhi penurunan pada hasil perbendaharaan AS.

Seterusnya, harga akan meneruskan kenaikan untuk menguji paras rintangan pada 0.78300 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Namun jika harga kembali susut dan turun di bawah paras sokongan MA50, pelabur perlu bersedia untuk penurunan lebih rendah harga.

Paras sokongan pada 0.75700 dan 0.75300 antara yang menjadi tumpuan harga dan telah diuji pada minggu-minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat