Dagangan Awal Minggu, GBP/JPY Catat Pergerakan Harga Lebih 200 Pips!

439

Sentimen Brexit masih kekal menyokong dagangan Pound Sterling pada minggu ini dengan tinjauan undian pilihan raya UK masih didahului oleh Parti Konservatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson.

Permulaan dagangan pada minggu ini menyaksikan momentum pengukuhan Sterling dikekalkan dengan kenaikan harga pada carta harga berbanding matawang utama bermula sesi Asia sehingga ke sesi Eropah semalam.

Berbanding matawang Yen Jepun, Sterling berjaya mendominasi kenaikan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY, mencatatkan paras ketinggian bulanan terbaru pada Isnin semalam.

Bermula pada sesi Asia semalam, harga terus membuat kenaikan sehingga lebih 120 pips mencecah paras resistance pada 141.500. Paras tersebut merupakan paras yang dicapai harga pada Oktober lalu merekodkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Mei.

Menguji paras resistance tersebut, harga kembali menjunam 100 pips semula ke paras kenaikan harga semalam pada zon RBS (resistance become support) sekitar 140.600.

Penurunan semula harga didorong oleh pengukuhan Yen Jepun sebagai matawang safe-haven ekoran keraguan pasaran terhadap perkembangan rundingan dagang.

China dikatakan mula pesimis terhadap rundingan bersama Amerika Syarikat. Di tambah pula komen Presiden AS Donald Trump yang menegaskan tiada persetujuan untuk pembatalan tarif seperti yang diinginkan oleh pihak China.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga menyambung penurunan pada awal sesi menyentuh garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) namun harga kembali pantul semula dan masih berlegar di zon RBS 140.600.

Jika harga berjaya tembus paras MA50, harga lebih cenderung meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Penurunan dijangka akan menuju semula zon support sekitar 139.500 yang diuji minggu lalu namun tidak berjaya ditembusi harga.

Sebaliknya jika harga kembali meneruskan momentum kenaikan, dengan perkembangan Brexit kekal positif, harga bakal kembali semula menguji paras resistance 141.500 semalam.

Kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut akan merekodkan ketinggian terbaru untuk tempoh enam bulan dagangan.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat