Dagangan Euro Terus Pamer Peningkatan, Peroleh Manfaat Daripada Penyusutan USD

277

Matawang pound diniagakan meningkat berbanding beberapa matawang utama berikutan keyakinan untuk kemenangan Parti Konservatif semakin meningkat dan rancangan untuk UK keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dapat diteruskan.

Perdana Menteri UK Boris Johnson dijangkakan mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pilihan raya UK selepas tinjauan oleh YouGov menunjukkan beliau diramalkan akan memperoleh 68 majoriti kemenangan dalam parlimen pada Disember ini.

Sementara menantikan data inflasi Jerman diterbitkan, euro kembali meraih pemulihan untuk didagangkan lebih tinggi pada sesi Eropah dengan memperoleh manfaat daripada penyusutan dolar USD yang terkesan oleh ketegangan hubungan AS dan China yang semakin meningkat.

Pihak pentadbiran China dan Hong Kong terus memberi amaran untuk mengenakan tindakan yang tegas kepada Amerika Syarikat selepas Trump menandatangani dua rang undang-undang sebagai menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong, setelah ia diluluskan sebulat suara oleh Senat dan Dewan Perwakilan AS.

Kementerian Luar Negeri China menyifatkannya undang-undang yang diluluskan tersebut sebagai suatu “niat jahat” daripada AS selain turut menyatakan ia merupakan gangguan yang serius dalam hal ehwal dalaman China.

Sementara itu, kerajaan Hong Kong pula memberitahu ia merupakan campurtangan yang jelas terhadap hal ehwal dalaman Hong Kong malah menyifatkan undang-undang itu sebagai tidak perlu dan tidak berasas kerana ia akan mengancam hubungan antara Hong Kong dan AS.

Berikutan daripada itu, ia telah meningkatkan ketidakpastian terhadap rundingan dagang antara dua negara itu sehingga menyebabkan dolar Amerika diniagakan mendatar pada awal dagangan sesi Eropah berbanding safe-haven yen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat