Dagangan Komoditi Minyak Mentah Susut, Logam Kuning Meningkat

208

Harga minyak mentah kembali susut selepas diniagakan menghampiri paras tertinggi tiga bulan pada Jumaat lalu, selepas Amerika Syarikat dan China diumumkan telah mencapai persetujuan dalam perjanjian fasa pertama.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menurun sebanyak 13 sen kepada $65.09 manakala WTI Amerika Syarikat susut 14 sen kepada $59.84.

Persetujuan yang dicapai tersebut dikatakan termasuk pengurangan tarif ke atas beberapa barangan import China dan sebagai balasan negara itu akan membeli barangan Amerika Syarikat termasuk produk pertanian bernilai $50 bilion.

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan tarif 5% yang telah dikenakan oleh China, selaku pengimport minyak terbesar di dunia ke atas penghantaran minyak mentah Amerika Syarikat yang berkuatkuasa pada 1 September lalu.

Berdasarkan data kastam China, didapati terdapat pengurangan dalam penghantaran dari Amerika Syarikat apabila import dalam tempoh 10 bulan pertama berkurangan kepada separuh dari tahun ke tahun, iaitu sebanyak 146, 275 tong sehari.

Perjanjian yang dijangka akan ditandatangani pada awal Januari itu telah menimbulkan keraguan di kalangan pelabur kerana tidak ada butiran lanjut mengenainya dikeluarkan oleh kedua-dua pihak.

Data pengeluaran perindustrian dan jualan runcit China pada bulan November yang menunjukkan pertumbuhan lebih cepat daripada yang dijangkakan telah menyokong harga minyak mentah dengan menghadkan penurunannya.

Sementara itu, dagangan emas meningkat 0.2% kepada $1,477.73 manakala niaga hadapan emas bertambah 0.1% kepada $1,482.10, yang dipacu oleh kelemahan US dolar.

Pasaran kini menantikan perkembangan selanjutnya dalam perjanjian tersebut dan rundingan perjanjian fasa kedua akan dimulakan pada tahun depan dijangka lebih rumit seperti mana yang telah terjadi dalam perjanjian fasa pertama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat