Dagangan USD Terbantut, Minit Mesyuarat FOMC Jadi Fokus Pasaran!

412

Pembukaan sesi Eropah menyaksikan para pelabur kembali berhati-hati menjelang penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis (3.00 pagi waktu Malaysia).

Kewaspadaan ini menyebabkan hasil bon AS berhenti dari mencatatkan kenaikan dan dagangan dolar greenback juga berundur dari paras ketinggian 2 minggu yang dicapainya pada hari Selasa.

Daripada minit mesyuarat terbaru FOMC, pelabur akan mencari petunjuk mengenai kemungkinan bila kadar faedah akan mula dinaikkan.

Federal Reserve (Fed) sebelum ini telah memutuskan untuk menggandakan pengurangan pembelian bon bulanannya yang dijangka akan tamat pada bulan Mac 2022. Para penggubal dasar juga melihat tiga kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Hal ini sekali gus mengangkat keyakinan pelabur bahawa kadar faedah akan dinaikkan lebih awal daripada dijangkakan untuk mengekang inflasi.

Walaupun begitu, penularan terkini Covid-19 sedikit menimbulkan kegusaran pelabur, lebih-lebih lagi selepas Amerika Syarikat mencatatkan kes harian tertinggi pada hari Isnin dengan angka melebihi 1 juta.

Meskipun pada ketika ini tiada sekatan dilaksanakan, tetapi sekiranya penularan semakin tidak terkawal ia boleh menjejaskan beberapa sektor ekonomi.

Dalam pada itu, pergerakan dagangan mata wang utama juga terbatas dengan terus didagangkan pada sekitar harga yang sama. Pound dan euro masing-masing stabil di sekitar paras harga 1.3500 dan 1.1300 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat