Ketika baru sahaja menikmati keuntungan yang diraih selepas kejatuhan ketara US dolar, mata wang Pound kembali ditekan semula dengan data inflasi UK yang diterbitkan semalam.
Bacaan tahunan indeks harga pengguna (CPI) UK untuk Oktober catat angka 4.6% lebih perlahan berbanding ramalan 4.7%.
Ini juga dilihat sebagai perubahan ketara angka inflasi pada bulan sebelum ini yang dicatatkan di paras 6.7%.
Seperti situasi Federal Reserve (Fed), Bank of England (BOE) juga dilihat akan mengekalkan dasar monetari sedia ada atau lebih ke arah untuk memeperlahankan dasar.
Justeru, ini telah memberi impak penyusutan bagi Pound sementara US dolar pula dilihat sedikit pulih seketika semalam dari kejatuhan terbesar tahunannya.
Meneliti carta pergerakan harga pasangan mata wang GBP/USD, lonjakan lebih 200 pips pada Selasa tidak berjaya diteruskan pada Rabu semalam.
Sebaliknya, harga telah menjunam dari paras ketinggian 1.25000 hingga ke sekitar 1.24000 menguji seketika zon tumpuan tersebut.
Di sesi Asia pagi ini (Khamis), harga dilihat meneruskan penurunan di bawah 1.24000 dan turut memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish apabila susut melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Penurunan lanjut jika diteruskan dilihat akan menuju ke zon tumpuan sebelum ini sekitar 1.23000 iaitu zon lonjakan harga bermula pada Selasa lalu.
Penurunan lebih rendah seterusnya akan mensasarkan ke paras 1.22000 untuk menguji kembali paras yang menjadi sokongan harga minggu lalu.
Sebaliknya jika harga melantun naik semula di atas zon 1.24000, kenaikan dijangka akan menuju semula ke paras ketinggian 1.25000.
Sekiranya rintangan tersebut berjaya dilepasi, paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan dengan sasaran harga untuk menuju pula 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG