Seluruh dunia mengecam tindakan Rusia menceroboh Ukraine setelah bertindak melancarkan operasi ketenteraan sejak semalam.
UK antara yang lantang menentang tindakan agresif Rusia dan menyatakan akan membantu menyediakan senjata pertahan kepada Ukraine menurut Perdana Menteri Boris Johnson.
UK juga bersetuju untuk bekerjasama dalam meningkatkan sekatan ekonomi terhadap Rusia bersama negara-negara ekonomi utama lain termasuk Amerika Syarikat (AS), Eropah, Japan dan ramai lagi.
Mata wang semalam antara yang ketara terkesan dengan mengalami penyusutan sehingga 270 pips berbanding US dolar pada carta harga pasangan GBP/USD.
Memberi kejutan kepada pelabur apabila harga menjunam lebih rendah melepasi paras sokongan jangkaan iaitu pada 1.34000.
Malah harga turut susut lebih rendah di bawah paras 1.33000 dan akhirnya mencecah hingga paras sekitar 1.32730 pada sesi New York semalam.
Kemudiannya pelabur dikejutkan pula dengan pantulan harga sehingga menuju penghujung sesi New York dengan kenaikan lebih 100 pips ke paras 1.34000 yang menjadi rintangan buat harga.
Kenaikan harga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) ke paras sekitar 1.34200 setakat jam 12 tengahari waktu tempatan.
Kenaikan lebih tinggi dilihat boleh menuju semula ke paras tumpuan sebelum ini paras 1.35000 oada zon SBR (support become resistance).
Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga akan diuji untuk isyarat pergerakan harga selanjutnya.
Namun jika situasi krisis peperangan kembali tegang dan US dolar mengukuh semula, harga bakal ditekan rendah kembali untuk menguji paras terendah harga yang dicecah semalam.
Penurunan lebih rendah dijangkakan untuk menuju sehingga zon support pada 1.32000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 9 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG