Dahsyat! Sampai 260 Pips GBP/USD Terpacak Semalam!

176

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Khamis semalam telah mencatatkan kenaikan harian sehingga 260 pips!

US dolar jelas menunjukkan penyusutan yang berlarutan menuju penghujung minggu kesan daripada isyarat dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Disember.

Tambahan, data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan suram pada sesi New York semalam semakin menguatkan sokongan untuk langkah memperlahankan pengetatan dasar oleh Fed tersebut.

Justeru, penyusutan lanjut US dolar telah membuka ruang untuk Pound didagangkan tinggi mencapai paras ketinggian terbaru 6 bulan.

Meneliti carta GBP/USD, harga telah menunjukkan corak kenaikan sepanjang hari semalam bermula di sesi Asia yang menyambung lonjakan pada sesi sebelumnya.

Harga yang melepasi paras penting pada 1.21000 seterusnya berjaya menembusi paras tumpuan 1.22000 sebelum mencapai sasaran 1.23000.

Namun sebaik menyentuh ketinggian 1.23000 tersebut, harga melantun turun semula sekitar 50 pips untuk mendatar di sekitar 1.22500 sehingga dagangan perlahan bersambung di sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Dengan corak kenaikan bertenaga yang telah dipaparkan, harga dilihat cenderung untuk meneruskan pergerakan trend bullish itu ke paras lebih tinggi untuk sesi-sesi akhir minggu ini.

Berjaya melepasi rintangan pada 1.23000, harga bakal menuju pula ke paras sasaran terbaru pada ketinggian 1.24000.

Kali terakhir harga didagangkan di paras tersebut adalah pada Jun lalu sebelum penurunan terus berlaku sehingga September.

Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan yang boleh berlaku semula, harga yang susut di bawah paras 1.22000 bakal kembali ke paras 1.21000 yang menjadi antara tumpuan minggu ini.

Penurunan lanjut harga akan menguji zon 1.20000 untuk pelabur menilai reaksi harga di sekitar tersebut bagi petunjuk pergerakan harga seterusnya.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat