Dahulu Tinggal Di Pondok Kecil, Kini Miliki 7 Buah Rumah Dan 20 Buah Kereta Mewah!

20,537

Kgopotso Mmutlane merupakan seorang pemuda berusia 24 tahun yang dilahirkan di sebuah kampung di luar bandar Bungersfort, Limpopo. Keluarganya sangat miskin hingga mereka terpaksa tinggal di dalam sebuah pondok yang kecil.

Walau bagaimanapun, mereka tidak pernah mengalami kesukaran untuk mendapatkan makanan kerana mempunyai seorang ketua keluarga yang sentiasa bertanggungjawab dan berusaha sebaik mungkin dalam menyediakan keperluan mereka.

Gara-gara kesusahan yang dihadapi, Kgopotso bertekad untuk mengubah nasib keluarganya dan menjadi insan yang berjaya. Ketika zaman kanak-kanaknya, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang DJ di sebuah kelab malam.

Namun begitu, kedua-dua ibu bapanya menghalang cita-cita tersebut kerana menganggap pekerjaan tersebut akan membahayakan dirinya. Akan tetapi, Kgopotso tidak menghiraukan nasihat mereka. Oleh itu, beliau telah keluar ke kelab malam tanpa pengetahuan orang tuanya.

Dengan minat dan kesungguhan yang dimiliki, Kgopotso berjaya mencapai cita-citanya dan memakai gelaran sebagai DJ Coach Tsekeleke.

Ketika berada di Leolo High School, salah seorang rakan, Merika Mphogo telah memperkenalkan kepadanya tentang forex trading. Rentetan daripada itu, Kgopotso mula tertarik untuk melibatkan diri dalam dunia forex trading dan menganggapnya sebagai sebuah peluang keemasan bagi menjana pendapatan lumayan.

Oleh yang demikian, beliau akan meluangkan masanya pada waktu malam untuk belajar dengan lebih lanjut mengenai forex. Beberapa lama kemudian, Kgopotso memutuskan untuk trade forex. Malangnya, beliau telah kehilangan kesemua wang perbelanjaan pendidikannya sebanyak R15,000 dalam tempoh seminggu.

Tanpa mengenal erti putus asa, Kgopotso belajar daripada kesilapannya dan mencipta sebuah strategi yang dikenali sebagai ‘one minute strategy’. Dengan menggunakan strategi berkenaan, beliau telah berjaya menjana keuntungan berlipat kali ganda!

Berdasarkan kisah hidup dan pengalamannya dalam forex trading, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Forex Broker Institution yang mendedahkan tentang strategi ‘one minute’ yang diciptanya sekaligus menyediakan medium pembelajaran forex trading yang efektif buat semua.

Di samping itu, Kgopotso turut mengasaskan sebuah yayasan kebajikan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Kini, Kgopotso atau lebih dikenali sebagai DJ Coach Tsekeleke telah memiliki 7 buah rumah dan 20 buah kereta mewah serta pendapatan sebanyak R40 juta!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat