Dahului Perlumbaan Web3, Miami Lancar 5,000 NFT

88

The City of Miami telah melancarkan 5,000 koleksi NFT dengan kolaborasi bersama penerbit Time USA majalah TIME, Mastercard dan Salesforce. Langkah ini adalah bertujuan untuk mengorak langkah ke hadapan dalam menerajui inovasi Web3 di Florida.

Koleksi NFT tersebut telah direka oleh 56 artis tempatan Miami, mewakili keluasan 56 kawasan batu persegi. Pelancarannya akan diadakan pada Disember tahun ini dengan objektif untuk memberi kelebihan kepada pemegang NFT menerima pengalaman yang unik.

Menurut Datuk Bandar Francis X. Suarez, beliau teruja untuk bergabung dengan TIME, Mastercard dan Salesforce dalam inisiatif ini. Selain itu, bandar Miami telah menjadi barisan hadapan untuk revolusi Web3.

Ia akan terus mengkaji teknologi baharu untuk menyokong perniagaan-perniagaan supaya lebih berkembang, meningkatkan kapital dan menyediakan pengalaman yang menarik kepada masyarakat. Pada masa yang sama, pendekatan yang teratur akan diterapkan untuk artis tempatan dan badan amal.

Melalui inisiatif tersebut, Time USA telah merangka strategi bandar NFT, sementara Mastercard telah memberi tawaran eksklusif kepada pemegang NFT seperti akses khas ke restoran serta lawatan kebudayaan peribadi di bandar tersebut.

 Bagi memanfaatkan platform NFT Cloud pada masa akan datang, Salesforce dilaporkan akan menguruskan proses dalam mining dan jualan utama NFT.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat