Daripada Juta Ke Bilion, Petchem Tampil Gah Dengan Lonjakan Untung 10 Kali Ganda!

2,374

Petronas Chemicals Group tersenarai di antara kaunter yang mencatatkan untung paling tertinggi setelah mengumumkan keuntungan bersih 10 kali ganda pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021.

Keuntungan bersih syarikat memperoleh kenaikan sebanyak RM1.86 bilion berbanding RM186.0 juta yang dicapai pada tahun lepas.

Pada 11.34 pagi, harga saham Petronas Chemicals telah melonjak 14 sen atau 2.45% kepada RM8.35 namun pada sebelum itu ia telah mencapai paras RM8.60 sewaktu pembukaan pasaran hari ini.

Berdasarkan makluman yang diperoleh, Petchem berkata lonjakan pendapatan itu adalah hasil pertambahan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EDITBA).

Susulan itu, pendapatan syarikat telah meningkat kepada RM5.61 bilion daripada RM3.18 pada tahun lalu yang dipacu oleh peningkatan harga produk selaras dengan pemulihan harga minyak mentah.

Petchem juga mengatakan bahawa pengoperasian yang lebih kukuh kekal pada suku kedua dengan mencatatkan jumlah jualan 2.1 juta tan dan kadar penggunaan loji sebanyak 97%.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Petchem, Datuk Sazali Hamzah berkata peningkatan harga minyak serta pemulihan permintaan terhadap petrokimia telah memperkukuh harga produk dan meningkatkan margin keuntungan.

“Secara kumulatif, pencapaian pada tahap prestasi ini dilihat memberi peluang yang cerah untuk meneruskan inisiatif kami termasuk langkah pengoptimuman kos,” tambahnya.

Kumpulan itu juga mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 23 sen sesaham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat