Mencuri tumpuan pada dagangan hari ini (Rabu) adalah pada pergerakan carta pasangan mata wang GBP/USD berikutan data inflasi UK dan Amerika Syarikat (AS) bakal diterbitkan pada sesi yang berbeza.
Pastinya tumpuan utama pasaran minggu ini terarah kepada inflasi AS yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini.
Selain memberi petunjuk terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed), data juga akan memberi kesan terhadap pergerakan US dolar.
Namun, sebelum itu perhatian diberikan terlebih dahulu kepada data inflasi UK yang diterbitkan pada pembukaan sesi Eropah petang ini.
Kadar inflasi tahunan UK catat peningkatan kepada 2.2% pada Julai dari paras 2.0% sebelum ini, namun gagal mencapai angka ramalan 2.3%.
Sementara bacaan inflasi teras perlahan kepada 3.3% berbanding jangkaan untuk menurun kepada 3.4% daripada 3.5% bacaan sebelumnya.
Pound pamerkan reaksi negatif selepas data diterbitkan dengan penyusutan nilai agak ketara yang mengurangkan sebahagian keuntungan yang telah diraih semalam.
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga berjaya paparkan lonjakan semalam selepas kenaikan yang melepasi rintangan pada zon 1.28000.
Kenaikan harga mencapai ketinggian sekitar 1.28700 di penghujung sesi New York sebelum harga perlahan dan mendatar sepanjang dagangan sesi Asia pagi ini.
Penurunan semula harga yang berlaku di sesi Eropah selepas data inflasi UK diterbitkan itu, menyaksikan harga ditekan menuju semula ke zon 1.28000.
Pergerakan harga jika berjaya dikekalkan di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu akan terus memberi isyarat pergerakan bullish berterusan.
Sekiranya lonjakan berlaku semula, harga berkemungkinan akan kembali mensasarkan kenaikan untuk menuju paras 1.29000 yang belum lagi dicapai semalam.
Melepasi lebih tinggi akan menunjukkan trend bullish lebih jelas buat harga untuk catatkan paras ketinggian terbaru.
Namun jika harga alami kejatuhan lebih parah hingga melepasi zon 1.28000 dan garisan sokongan MA50, akan menjadi petanda buruk buat harga.
Penurunan yang lebih berisiko boleh dijangkakan untuk kembali mencecah semula sekitar 1.27000, iaitu zon tumpuan pada minggu lepas.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG