Data Ekonomi Amerika Stabil, EUR/USD Ditekan Lebih Rendah Dari Paras 1.11000

307

Dagangan US dolar kembali mempamerkan pengukuhan pada sesi New York Jumaat lalu sebelum dagangan minggu lalu berakhir.

Pengukuhan adalah didorong oleh data pertumbuhan ekonomi tahunan Amerika Syarikat yang kekal stabil pada bacaan akhir GDP suku ketiga 2019.

Bacaan data berbeza menunjukkan perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat meningkat 0.4% bulan lalu dengan peningkatan perbelanjaan pada kenderaan bermotor serta penjagaan kesihatan.

Dapat dilihat pergerakan menurun harga pada carta pasangan matawang EUR/USD penghujung minggu lalu telah turun lebih rendah dari paras 1.11000.

Jika diteliti pergerakan harga pada Jumaat, harga bergerak mendatar sejak sesi Asia sebelum garisan halangan Moving Average 50 (MA50) diuji pada sesi Eropah namun harga gagal menunjukkan tanda-tanda kenaikan lebih tinggi.

Kemudian, harga jelas menunjukkan penurunan bagi meneruskan trend bearish harga pada carta EUR/USD. Penurunan terendah mingguan tersebut mencecah paras 1.10650.

Bersambung pada awal dagangan minggu ini, pergerakan harga mendatar dan lebih perlahan. Harga diijangka akan terus bergerak perlahan berikutan faktor cuti perayaan Krismas pada minggu ini.

Penurunan harga dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) pada paras 1.10400 yang diuji pada awal Disember.

Penurunan lebih rendah bakal mencecah paras tumpuan pada 1.10000 yang merupakan zon support harga kali terakhir diuji adalah pada penghujung November lalu.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras 1.11000 yang berada pada zon SBR (support become resistance) akan dituju harga sebelum harga meneruskan semula trend penurunan.

Namun jika harga berjaya breakout zon tersebut serta melepasi garisan MA50, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi berkemungkinan mencapai paras ketinggian 1.11800.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat