Data Ekonomi China Pulihkan Sentimen Pasaran Awal Disember

0 477

Dolar Amerika Syarikat dilihat sebagai matawang yang diniagakan paling kukuh pada dagangan minggu terakhir bagi bulan November. Walaupun begitu, pergerakan harga tetap terbatas dengan kewaspadaan pasaran terhadap risiko ancaman rundingan dagang Amerika Syarikat dan China yang masih belum bertitik noktah.

Masih menjadi persoalan adalah desakan China untuk perjanjian fasa pertama bersama Amerika Syarikat iaitu penghapusan tarif. Dalam tekanan tersebut, Amerika Syarikat tetap menyatakan bahawa proses rundingan berjalan lancar dan telah berada di peringkat akhir.

Sentimen berisiko pasaran lebih dikaitkan dengan isu Brexit dan UK, dengan berita pada hujung minggu yang menyaksikan Pound diniagakan lebih rendah pada pembukaan harga pasaran awal minggu ini.

Terdapat laporan berlaku kejadian serangan di London Bridge yang disifatkan sebagai Polis London sebagai bentuk serangan keganasan. Menurut kenyataan pihak berkuasa, tiga orang awam tercedera manakala dua dilaporkan terbunuh dalam kejadian serangan tersebut.

Sentimen pulih pasaran berkemungkinan akan didorong oleh data ekonomi China pada laporan PMI pembuatan hujung minggu lalu yang mencatatkan bacaan lebih tinggi berbanding jangkaan.

Indeks pembuatan China pada November mencatat bacaan 50.2 mata lebih tinggi berbanding 49.3 bulan sebelumnya. Angka tersebut merupakan kenaikan pertama melebihi paras 50 sejak April lalu dan ini memberi isyarat pertumbuhan yang baik untuk 7 bulan.

Pasaran minyak mentah pula merosot ekoran kejatuhan ketara harga minyak baru-baru ini dengan penurunan sekitar 5% pada Jumaat lalu. Ini adalah disebabkan oleh kenyataan yang dikeluarkan pihak Arab Saudi dan Rusia yang meragui keputusan lanjutan pengurangan bekalan minyak pada mesyuarat OPEC terbaru.

Matawang komoditi dolar Kanada dan Australia bakal didagangkan berisio pada minggu ini. Pelabur akan menantikan keputusan mesyuarat polisi monetari oleh Bank of Kanada (BOC) dan juga Reserve Bank of Australia (RBA) untuk penetapan kadar faedah terbaru.

Turut menambahkan risiko pada dagangan minggu pertama bulan Disember ini, laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat akan diterbitkan pada penghujung minggu.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.