Data Ekonomi Memberangsangkan, Euro Manfaatkan Peluang Kenaikan

391

Matawang euro didagangkan meningkat setelah data ekonomi mempamerkan bacaan yang lebih baik daripada dijangkakan, selain turut disokong oleh kemerosotan dolar greenback pada sesi dagangan Eropah.

Ekonomi Jerman dilaporkan menguncup sebanyak -9.7% pada suku kedua didorong oleh kejatuhan dalam perbelanjaan pengguna, pelaburan dan eksport disebabkan sekatan coronavirus.

Bagaimanapun, bacaan ini dicatatkan lebih baik daripada anggaran awal yang mana ia diunjurkan menguncup -10.1%, berdasarkan data yang diterbitkan oleh pejabat statistik bulan lalu.

Sementara itu, turut menjadi tumpuan di sesi Eropah adalah bacaan iklim perniagaan Jerman tinjauan ifo yang menunjukkan peningkatan ke tahap tertinggi enam bulan pada Ogos.

Namun begitu, menurut ahli ekonomi institusi ifo, Klaus Wohlrabe, pemulihan di Jerman tetap lemah walaupun data ekonomi memaparkan peningkatan daripada penguncupan terbesar akibat Covid-19.

Dalam pada itu, peningkatan sentimen yang diangkat oleh perkembangan positif dalam perlaksanaan perjanjian perdagangan fasa pertama AS dan China telah mendorong kenaikan bagi dagangan matawang utama.

Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Timbalan Perdana Menteri China Liu He telah mengadakan panggilan telefon pada hari ini dengan mengatakan bahawa kemajuan dalam perjanjian fasa 1 sedang dicapai.

Selain itu, sentimen yang positif ini juga mendorong peningkatan dalam pasaran ekuiti, yang mana S&P 500 ke tahap tertinggi dan membantutkan kenaikan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat