Data Ekonomi Mengecewakan, Harga Minyak Junam Lebih 3%

291

Komoditi hitam didagangkan lebih rendah pada sesi Asia selepas turun lebih 3% pada sesi sebelum ini, susulan kelemahan dalam data ekonomi dari China dan Amerika Syarikat yang merupakan pengguna minyak terbesar di dunia.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada $72.94 setong, selepas mencatat penyusutan 3.3% pada sesi dagangan hari Isnin.

Sementara niaga hadapan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $71.30 setong, menyusuli penurunan 3.6% yang dicatatkan pada sesi sebelum ini.

Pertumbuhan dalam aktiviti pembuatan di China menurun dengan ketara pada bulan Julai, didorong oleh kemerosotan dalam permintaan buat pertama kalinya dalam tempoh lebih satu tahun.

Selain itu, aktiviti pembuatan di AS juga berkembang pada kadar yang lebih perlahan daripada dijangkakan, dengan mencatatkan penurunan untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Julai.

Kedua-dua kemerosotan ini menyebabkan pasaran bimbang dengan perlambatan dalam pemulihan ekonomi global, terutamanya di negara-negara utama akan menjejaskan permintaan terhadap minyak mentah.

Turut menekan harga, tinjauan Reuters melaporkan bahawa output minyak dari Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), meningkat pada bulan Julai ke tahap tertinggi sejak April 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat