Data Ekonomi Zon Eropah Lemah, Dagangan EUR/USD Kembali Menurun

383

Sebelum pelabur memberi tumpuan terhadap mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah sebentar nanti, dagangan dolar Euro telah mula memberi respon terhadap data ekonomi pada awal sesi Eropah hari ini.

Matawang dolar Euro mengukuh susulan data ekonomi Perancis dikeluarkan. Bacaan data PMI perkhidmatan mencatatkan bacaan lebih tinggi berbanding jangkaan kenaikan oleh pasaran untuk bulan Oktober begitu juga dengan bacaan data PMI pembuatan di Perancis yang meningkat dengan perkembangan kukuh pada aktiviti perkilangan.

Susulan bacaan data tersebut, pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD telah melonjak sekitar 30 pips dari paras 1.11300 sehingga melepasi paras harga 1.11600.

Namun begitu, harga gagal meneruskan kenaikan dan kembali ditekan ke paras rendah semula berikutan bacaan data ekonomi Jerman pula menyusul.

Kembali memberikan tekanan buat dagangan dolar EUR apabila bacaan data PMI bagi ekonomi terbesar di zon Eropah iaitu Jerman mencatatkan bacaan mengecewakan.

Data PMI perkhidmatan Jerman untuk bulan Oktober menyusut ke paras terendah 37 bulan dengan perkembangan paling perlahan dalam sektor perkhidmatan sejak September 2016.

Manakala, data PMI pembuatan pula turut mencatatkan bacaan yang lemah dengan penguncupan untuk bulan yang ke sepuluh dalam aktiviti perkilangan di Jerman.

Disusuli pula data PMI zon Eropah yang mengecewakan, harga pada EUR/USD dilihat membuat penurunan dan cuba melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) untuk ke paras lebih rendah.

Pelabur seterusnya akan menantikan pula keputusan mesyuarat European Central Bank (ECB) selepas ini.

Jika matawang Euro terus menyusut, jangkaan penurunan harga akan menuju ke paras support pada 1.11100 sebelum meneruskan penurunan ke paras lebih rendah berkemungkinan mencecah zon RBS (resistance become support) pada 1.10600.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan, paras resistance pada ketinggian 1.11800 yang dicapai pada Isnin lalu akan kembali diuji.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat