Data GDP Australia Lemah, AUD/USD Catat Penurunan Pada Sesi Asia Hari Ini

181

Setelah mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan pertengahan November lalu mencecah paras 0.68600, pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD kembali mencatatkan penurunan semula.

Lonjakan semalam didorong oleh keputusan mesyuarat bank pusat Australia yang telah mengekalkan kadar faedah di paras sebelumnya pada 0.75%. Mesyuarat seterusnya adalah pada Februari 2020.

Namun sentimen pasaran yang kembali berisiko kembali memberi tekanan terhadap Aussie. Keyakinan terhadap rundingan dagang AS-China semakin pudar apabila Presiden AS Donald Trump menyatakan berkemungkinan perjanjian akan dicapai selepas pilihan raya presiden 2020 berakhir.

Sementara itu, data pertumbuhan GDP Australia untuk suku ketiga 2019 yang diterbitkan pada sesi Asia hari ini mencatatkan bacaan 0.4% lebih rendah berbanding jangkaan penurunan 0.5% daripada bacaan terdahulu yang dikemaskini pada 0.6%.

Susulan data GDP tersebut diterbitkan, harga pada carta AUD/USD mencatatkan penurunan menguji zon RBS (resistance become support) pada paras 0.68300.

Penurunan lebih rendah mencecah paras 0.68200 bakal menguji pula garisan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat penurunan harga yang lebih jelas.

Penurunan terendah dijangka mampu mencecah paras tumpuan pada paras sekitar 0.67700 yang menjadi tumpuan harga sejak dua minggu dagangan yang lalu.

Sebaliknya jika harga berjaya menyambung semula kenaikan harga, harga bakal melonjak sehingga mencapai paras ketinggian sekitar 0.68800 yang berada pada zon SBR (support become resistance) utama pada carta AUD/USD ini.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji paras-paras tumpuan pada dagangan November lalu seperti di resistance sekitar ketinggian 0.69300.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat