Data GDP Q4 Australia Atasi Jangkaan, AUD/USD Akan Teruskan Kenaikan Lebih Tinggi?

378

Matawang dolar Australia berjaya mencatatkan pengukuhan pada dagangan semalam walaupun selepas bank pusat Autralia telah menurunkan kadar faedah ke paras terendah pada 0.50% untuk mesyuarat dasar monetari Mac 2020.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga telah mencatatkan kenaikan dari paras terendah harian pada awal sesi Asia sekitar 0.65100 sehingga bersambung pada sesi New York.

Lonjakan ketara harga dipamerkan pada sesi New York apabila matawang US dolar terus menyusut ekoran pengumuman tergempar oleh Federal Reserve (Fed) yang telah memotong kadar faedah sehingga 50 mata asas.

Kenaikan harga mencecah paras ketinggian 0.66450 sebelum harga ditutup sekitar paras 0.65800 pada zon RBS (resistance become support).

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, dolar Aussie disokong oleh data pertumbuhan GDP suku keempat 2019 Australia yang diterbitkan lebih tinggi berbanding jangkaan pasaran.

Namun kenaikan agak terbatas selepas data PMI perkhidmatan China yang menyusul telah mencatatkan rekod bacaan terendah terbaru iaitu pada 26.5 mata ekoran terkesan oleh wabak Coronavirus di China.

Data imbangan dagangan Australia akan menjadi tumpuan pada sesi Asia esok hari dan data jualan runcit pula akan diterbitkan pada Khamis.

Harga pada carta AUD/USD yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) masih menunjukkan kecederungan harga untuk meneruskan kenaikan.

Jika harga berjaya naik ke paras lebih tinggi, zon SBR (support become resistance) pada 0.66700 akan diuji sebelum kenaikan ke paras lebih tinggi dicapai harga.

Paras resistance pada ketinggian sekitar 0.67700 akan menjadi destinasi tumpuan harga jika momentum pengukuha berjaya dikekalkan untuk harga menguji paras tertinggi bagi dagangan tahun ini.

Namun jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari zon RBS 0.65800 dan melepasi sokongan dinamik MA50, penurunan harga berkemungkinan akan menuju semula paras terendah harga yang dicecah pada minggu lalu sekitar 0.64400.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisisi teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat