Data Inflasi AS & Mesyuarat FOMC Akan Jadi Penentu Hala Tuju Emas

1,008

Dagangan emas pada Khamis paparkan penurunan dengan kenaikan semula pada nilai US dolar selepas data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) diterbitkan terendah sejak 52 tahun yang berkemungkinan boleh mempengaruhi keputusan dasar polisi oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat minggu hadapan.

Spot emas susut 0.3% ke paras sekitar $1,776 per auns sementara niaga hadapan emas AS turut susut 0.5% ke sekitar paras harga yang sama.

Bacaan kukuh bagi data tuntutan pengangguran AS telah mendorong pengukuhan US dolar dan memberi tekanan terhadap emas dan pelabur akan memberi tumpuan pula terhadap terbitan data inflasi AS pada sesi New York sebentar lagi.

Menurut jangkaan Pegawai Strategi Pasaran di RJO Futures, kekuatan dolar membuatkan tarikan terhadap emas oleh pelabur luar lebih berkurang. Namun, jika kadar inflasi paparkan kenaikan, berkemungkinan boleh mendorong nilai emas untuk meningkat semula menuju ke paras $1,800.

Memasuki hari kelapan, emas telah bergerak mendatar dalam julat zon harga $1,760 dan $1,790 selepas kejatuhan ketara harga emas di bawah paras $1,800 pada penghujung November lalu.

Tekanan terhadap emas mula meningkat selepas pelabur mula melihat tarikan terhadap US dolar berikutan langkah Fed untuk mengetatkan polisinya dengan melaksanakan langkah pengurangan pembelian bon (tapering).

Namun, dengan kemunculan risiko penularan coronavirus varian baru, Omicron berkemungkinan boleh menjejaskan rancangan Fed. Justeru, harga emas berpeluang untuk melonjak semula sekiranya Fed ‘menahan’ tindakan pengetatan polisi tersebut.

Selain risiko Omicron, pasaran juga akan turut memberi fokus terhadap ketegangan antara Rusia dan Ukraine, isu boikot diplomasi Olimpik Beijing dan juga sekatan Amerika Syarikat ke atas Iran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat