Data Inflasi AS Punca Emas Naik Dan Susut Semula!

1,010

Bacaan data inflasi Amerika Syarikat yang kukuh telah memberi sedikit sokongan buat dagangan emas dan berada di landasan untuk mencatatkan peningkatan mingguannya dua minggu berturut-turut.

Indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS meningkat 7.9% pada Februari, angka tertinggi direkodkan sejak Januari 1982. Sementara secara bulanan, CPI menepati jangkaan untuk menokok sebanyak 0.8% daripada 0.6% yang dicatatkan sebelumnya.

Harga emas terus meningkat di atas paras harga $2,000 per auns susulan data tersebut, sebelum susut semula berikutan peningkatan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang mencapai tahap 2% untuk pertama kali dalam tempoh dua minggu.

Lonjakan hasil bon didorong oleh keyakinan pelabur yang meningkat bahawa Federal Reserve (Fed) akan mula menaikkan kadar faedah untuk pertama kali sejak 2018 pada mesyuarat polisi FOMC minggu depan.

Emas cenderung untuk merosot jika terdapat pengetatan dasar atau kenaikan kadar faedah dilaksanakan oleh bank pusat utama.

Sementara itu, rundingan pusingan keempat antara Rusia dan Ukraine berakhir dengan tiada persetujuan terhadap genjatan senjata dan koridor kemanusiaan.

Ini meletakkan logam berharga itu untuk kekal stabil di sekitar harga $1,992 per auns pada sesi Asia, dengan niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,996 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat