Data Inflasi Bulan Julai Buatkan Pelabur Terus Berwaspada, Ini Sebabnya!

713

Harga pengguna A.S. dilaporkan bertumbuh dengan perlahan pada bulan Julai walaupun berada di parast tertinggi 13 tahun pada kiraan tahunan. Dalam masa yang sama data ini membawa indikasi sementara bahawa inflasi sudah mencapai paras puncak.

Indeks harga pengguna meningkat 0.5% pada bulan lalu setelah naik 0.9% pada bulan Jun berdasarkan data yang dikeluarkan hari Rabu. Dalam tempoh 12 bulan hingga Julai, IHP telah meningkat 5.4%.

IHP tidak termasuk komponen makanan dan tenaga mencatatkan peningkatan 0.3% setelah meningkat 0.9% pada bulan Jun. Peningkatan ini adalah peningkatan terkecil dalam tempoh 4 bulan iaitu sejak Februari.

IHP teras meningkat 4.3% dari tahun ke tahun setelah meningkat 4.5% pada bulan Jun. Menurut penganalisis di TD Securities di New York berpendapat bahawa bacaan ini adalah lebih sederhana daripada yang dijangkakan.

Kepesatan pemulihan ekonomi telah menyebabkan kesenjangan antara permintaan dan penawaran dalam beberapa sektor utama ketika sektor perniagaan berusaha untuk menambahkan inventori mereka dan mengatasi halangan masalah rantaian bekalan yang disebabkan pandemik Covid-19.

Kadar faedah yang rendah dan bantuan kerajaan hampir $6 trillion juga telah meningkatkan permintaan, menyebabkan tekanan harga meningkat. Kekurangan semikonduktor global telah menahan pengeluaran automatik, menaikkan harga kereta dan trak terpakai, dalam masa yang sama menyumbang sebahagian besar kenaikan inflasi dalam beberapa bulan terakhir.

Sebelum ini, pengerusi the Fed, Jerome Powell mengatakan bank pusat akan terus memantau bacaan inflasi dan berpandangan bacaan inflasi yang tinggi hanyalah sementara.

Walaupun bacaan inflasi telah mencapai puncak namun ia dijangka akan mula stabil pada tahun 2022 kerana perkhidmatan perjalanan masih belum beroperasi sepenuhnya. Disisi lain, para pelabur terus berwaspada kerana khuatir the Fed langkah yan lebih cepat dari yang dijangkakan.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat