Data Inflasi Kanada Akan Mempengaruhi Momentum Penurunan Pada USD/CAD

463

Dolar Kanada pada dagangan semalam menunjukkan sedikit kenaikan berbanding USD selepas peningkatan harga minyak mentah yang dipengaruhi oleh sentimen harapan para pelabur terhadap rundingan antara Amerika Syarikat dan China pada persidangan G20 minggu hadapan di Osaka, Jepun.

Harga minyak sebelum ini melonjak berikutan terkesan oleh insiden serangan berasingan terhadap dua buah kapal tangki minyak di Teluk Oman minggu lalu di mana turut meningkatkan ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Iran.

Pergerakan harga bagi matawang dolar CAD berbanding USD mencatatkan penurunan yang turut didorong oleh kelemahan dagangan USD menjelang mesyuarat FOMC awal pagi nanti.

Loonie turut dijangkakan akan terkesan pada sesi pasaran Amerika pada malam ini dengan bacaan indeks harga pengguna Kanada akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam. Jangkaan angka bacaan berkemungkinan sedikit menurun untuk bulan Mei berbanding bulan sebelumnya.

Secara teknikal, pergerakan pada carta harga USD/CAD kembali mencatatkan penurunan semalam selepas menguji zon SBR (support become resistance) di sekitar paras 1.34300.

Penurunan harga bersambung pada sesi dagangan hari ini yang mendatar lebih rendah berbanding paras Magic Pivot 1.3394 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Harga juga dilihat berlegar di atas zon RBS (resistance become support) pada 1.33600 juga berhampiran paras support 1.3356 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line.

Jika harga berjaya turun ke paras lebih rendah, jangkaan penurunan berkemungkinan menuju ke paras support 1.3299 (MagicS3) atau seterusnya sedikit rendah ke paras tumpuan pada zon support 1.32500 yang diuji pada dagangan Jun.

Namun jika harga kembali melonjak membuat kenaikan semula, zon SBR pada ketinggian yang dicapai harga semalam akan kembali diuji.

Dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, paras-paras resistance pada indicator Moshed Magic Line iaitu 1.3452 (MagicR2) dan 1.3471 (MagicR3) akan turut menjadi destinasi tumpuan harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.3356, 1.3337, 1.3299.

Paras resistance: 1.3414, 1.3452, 1.3471.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat