Data Inflasi UK ‘Merah’ Beri Amaran Awal Untuk Trader Pound

592

Pembukaan sesi pasaran Eropah pada petang ini menyaksikan tekanan kembali melanda mata wang Pound Sterling ekoran data ekonomi tumpuan yang diterbitkan.

Menjadi tumpuan bagi bank pusat, data indeks harga pengguna UK untuk bulan September mencatatkan penurunan kepada 3.1% selepas mencapai paras tertinggi 9 tahun di paras 3.2% pada bacaan bulan sebelumnya.

Penurunan pada kadar inflasi tahunan UK itu dilihat terkesan oleh sektor perhotelan dan restauran yang masih berada dalam proses pemulihan selepas pandemik susulan skim ‘Eat Out to Help Out’ dijalankan pada Ogos lalu.

Pelabur Pound mula berhati-hati terhadap terbitan data inflasi UK tersebut yang dilihat boleh mempengaruhi keputusan penetapan polisi oleh bank pusat.

Sebelum ini, Bank of England (BOE) telah memberi isyarat positif untuk pengetatan dasar yang disampaikan oleh Gabenor Andrew Bailey.

Namun, data inflasi yang menjadi tumpuan BOE berkemungkinan boleh memperlahankan momentum ke arah pengetatan dasar tersebut selepas mencatatkan angka bacaan menurun.

Walau bagaimanapun, pelabur masih menantikan isyarat yang lebih jelas dengan sebahagian berpendapat penyusutan Pound berkemungkinan hanya sementara.

Penghujung minggu pula, data sektor pembuatan dan perkhidmatan UK akan diberi tumpuan untuk menilai kesihatan ekonomi UK yang turut akan mempengaruhi pergerakan semasa buat Pound Sterling.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat