Data Jerman Merosot – Kadar Inflasi Lemah Pada Bulan September!

161

Kadar inflasi negara Jerman bertumbuh dengan perlahan kepada paras terendah dalam tempoh 3 tahun walaupun selepas beberepa minggu Bank Pusat Eropah (ECB) memutuskan penawaran program rangsangan baru.

Indeks harmoni harga pengguna (HICP) hanya berjaya mencatat peningkatan sebanyak 0.9% setahun pada bulan September, jauh lebih rendah daripada kadar sasaran iaitu di bawah 2% yang ditetapkan oleh ECB. Pada baru-baru ini, ECB telah mengorak langkah baru mereka dengan berjanji akan terus membeli bon sehingga kadar sasaran inflasi dicapai.

Dalam hari yang sama laporan kadar pengganguran turut dikeluarkan. Berdasarkan laporan, kadar pengangguran di zon Eropah jatuh pada bulan Ogos kepada paras terendah dalam tempoh melebih 11 tahun.

Kadar pengangguan zon Eropah jatuh kepada 7.4% di zon Eropah. Ia merupakan kadar terendah sejak Mei 2008 apabila ekonomi zon eropah mula terkesan dengan krisis sub prima yang berlaku di Amerika Syarikat.

Pertumbuhan ekonomi zon Eropah telah bertumbuh dengan perlahan. Antara faktor utama ialah disebabkan kejatuhan dalam pengeluaran industri berikutan ketegangan perdagangan global. Menurut pakar ekonomi ING, Bert Colijn data ini menunjukkan sektor perkhidmatan masih mempunyai potensi untuk berkembang walaupun dengan penurunan pengeluaran pembuatan semakin memburuk.

Bagi negara Jerman, kadar pengangguran jatuh sebanyak 0.2% kepada 4.9% pada bulan September. Berdasarkan padangan pakar ekonomi, terdapat pertumbuhan dalam kadar pekerjaan walaupun bertumbuh dengan perlahan. Walaubagaimanapun isu Brexit mempunyai potensi untuk memberi impak besar kepada negara Jerman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat