Data Jualan Runcit Mengecewakan Beri Kesan Kepada US Dolar!

169

US dolar jatuh berbanding matawang lain pada hari Rabu selepas jualan runcit data tidak berjaya menepati sasaran dan berpotensi memberi kesan pada pertumbuhan ekonomi.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam didagangkan susut sebanyak 0.11% ke paras 97.895 setakat jam 11.15 p.m.

Jualan runcit A.S jatuh buat pertama kali dalam tempoh 7 bulan pada bulan September dan ini membawa indikasi bahawa kelemahan dalam sektor pembuatan berkemungkinan telah merebak kepada sektor-sektor lain dalam ekonomi.

Menurut penganalisis Forex, Fongern, ” Laporan yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan bahawa ekonomi semakin lemah dan menambah lagi alasan the Fed untuk mengurangkan kadar faedah sekali lagi.

Mesyuarat polisi monetari dijadualkan akan bersidang 2 minggu lagi, para penggubal polisi bank pusat setakat ini masih berbelah bahagi tentang keperluan unutk mengurangkan kadar faedah buat kali ketiga pada tahun ini.

Berdasarkan pandangan penganalisis, Edward Moya, jika pengguna menunjukkan tanda-tanda semakin lemah maka ia akan mempercepatkan lagi the Fed untuk kurangkan kadar.

Disisi lain, laporan perjanjian perdagangan separa antara AS-China pada minggu lepas telah meningkatkan sikap optimis pasaran. Walaubagaimanapun rincian terhadap perjanjian tersebut masih lagi kabur dan menimbulkan kekhuatiran.

Matawang yang terkait dengan perdagangan seperti dolar Australia dan New Zealand juga menunjukkan penyusutan.

Matawang pound mengukuh sebanyak 0.48% berbanding US dolar kepada paras 1.2845 setakat jam 11.40 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat