Tahun depan merupakan tahun yang penting dalam memastikan keadaan ekonomi dunia stabil.
Centre for Economics and Business Research (Cebr), agensi perundingan British, menjangkakan keluaran ekonomi dunia melepasi $100 trilion pada tahun depan selain meramalkan Amerika Syarikat akan kekal mengatasi China sebagai ekonomi No.1 dunia.
Menurut Douglas McWilliams, timbalan pengerusi Cerb, isu terbesar bagi tahun hadapan adalah bagaimana ekonomi dunia menhadapi inflasi dengan kadar terkini inflasi sebanyak 6.8% dan andai berlaku kegagalan, kesannya akan dirasa pada 2023 atau 2024 ekoran kemelesetan ekonomi.
Agensi tersebut turut menyatakan ramalan bahawa China mungkin menjadi ekonomi No.1 dunia menjelang 2030 dari segi dolar sekaligus membatalkan ramalan yang pernah dibuat pada tahun lepas dalam laporan World Economic League Table.
Tambahnya lagi, India dilihat bakal mengatasi Perancis tahun depan kemudian Britain pada 2023 bagi mencapai tempat ke-6 kuasa ekonomi dunia.
Jerman turut dilihat bakal mengatasi Jepun dari segi keluaran ekonomi menjelang 2023 sementara Russia diramal menjadi 10 ekonomi terbaik menjelang 2036 dan Indonesia dijangka mencapai tempat ke-9 pada 2034.