Data NFP Mei Buat Kejutan! Ini Apa Yang Berlaku Pada Pasaran Kewangan

1,028

Pasaran niaga hadapan indeks saham AS jatuh pada hari Jumaat selepas data Nonfarm Payrolls yang lebih kuat daripada yang dijangkakan memberi isyarat bahawa pasaran buruh kekal kukuh, mengurangkan harapan untuk penurunan kadar faedah dari Rizab Persekutuan pada bulan September.

Laporan Jabatan Buruh melaporkan Nonfarm Payrolls meningkat sebanyak 272,000 pekerjaan pada bulan Mei, berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 185,000.

Pendapatan purata setiap jam meningkat 0.4% secara bulanan, berbanding jangkaan pertumbuhan sebanyak 0.3%. Kadar pengangguran meningkat kepada 4% berbanding ramalan 3.9%.

Sebentar tadi, Dow e-minis turun 149 mata, atau 0.38%, S&P 500 e-minis turun 16.75 mata, atau 0.31%, dan Nasdaq 100 e-minis turun 35 mata, atau 0.18%. Disisi lain Indeks US dolar pula melonjak naik berbanding enam mata wang utama dengan pengukuhan 0.60% kepada paras dagangan 104.685

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat