Data Pekerjaan Australia Parah, AUD Tersungkur!

388

Pelabur pada sesi Asia dikejutkan dengan bacaan yang mengecewakan dalam data pekerjaan Australia, membuatkan dagangan dolar Aussie menjunam lebih parah.

Kadar pengangguran Australia tanpa dijangka meningkat kepada 5.2% pada bulan Oktober daripada 4.6% yang dicatatkan sebelumnya, menurut laporan yang dikeluarkan Biro Statistik Australia.

Sementara pekerjaan pula jatuh sebanyak 46,300 pada bulan lalu, menjadikannya penurunan untuk bulan ketiga berturut-turut. Kadar penyertaan pekerjaan sedikit meningkat pada 64.7% daripada 64.5% sebelumnya.

Ini sekali gus menambah tekanan berganda buat dolar Aussie yang telah pun lemah pada awalnya disebabkan US dolar yang kukuh susulan lonjakan inflasi Amerika Syarikat.

Ketika penulisan, dolar Aussie jatuh ke paras terendah empat minggu, dengan diniagakan di sekitar harga 0.7300 berbanding greenback.

Bacaan yang mengecewakan dalam data pekerjaan ini telah mengurangkan sedikit jangkaan pasaran untuk kenaikan kadar faedah yang lebih awal daripada Bank Pusat Australia (RBA).

Sebelum ini pasaran mengharapkan untuk melihat kenaikan kadar lebih awal telah meningkat, susulan data inflasi Australia yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat