Data Pekerjaan Kanada Gagal Naikkan Dolar Loonie

189

Dolar Kanada mencari peluang untuk meningkat ketika US dolar mencatat sedikit penyusutan pada pembukaan sesi Eropah dan harga minyak mentah dunia yang menguat.

Laporan pekerjaan yang diterbitkan pada Jumaat lepas menunjukkan bacaan yang bercampur-campur membuatkan dolar greenback mempunyai kelebihan berbanding dolar loonie.

Ekonomi Kanada dilaporkan telah menambah sebanyak 31,200 pekerjaan pada bulan Oktober, lebih rendah daripada jangkaan untuk meningkat 42,000 dan menurun daripada bacaan sebelum ini yang dicatatkan sebanyak 157,100 pekerjaan.

Kadar pengangguran pula tanpa dijangka menurun kepada 6.7% pada Oktober daripada 6.9% pada bulan sebelumnya. Ini juga lebih baik daripada jangkaan untuk menurun pada 6.8%.

Berbeza pula dengan Amerika Syarikat yang kedua-duanya menunjukkan bacaan yang lebih kukuh daripada dijangkakan sekali gus memberi peluang untuk USD diniagakan tinggi.

Walaupun begitu, data pekerjaan Kanada masih dilihat sebagai kukuh yang memberi petanda baik untuk ekonomi negara dan menandakan permulaan yang positif untuk suku keempat.

Pada awal sesi Eropah, dolar loonie sedikit meningkat dengan diniagakan berlegar pada harga 1.2450 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat