Data Penting Amerika Syarikat Harga Pengguna CPI Catat Kejatuhan 2 Bulan Berturut-turut!

288

Harga pengguna Amerika Syarikat dilaporkan jatuh merundum paling banyak sejak kegawatan ekonomi pada bulan April. Kejatuhan harga ini adalah antaranya disebabkan oleh kejatuhan permintaan petrol dan sektor perkhidmatan termasuk syarikat penerbangan berikutan perintah berkurung semasa krisis Covid-19.

Jabatan Buruh melaporkan pada hari Selasa bahawa indeks harga pengguna jatuh 0.8% pada bulan lalu setelah jatuh sebanyak 0.4% pada bulan Mac. Kejatuhan ini adalah kejatuhan terbesar sejak Disember 2008 ketika ekonomi berada di tahap kemelesetan yang parah. Data ini menandakan kejatuhan bulanan kedua berturut-turut dalam CPI.

Dalam tempoh 12 bulan sehingga Apri, bacaan CPI meningkat sebanyak 0.3% setelah catat bacaan 1.5% pada bulan Mac. Disisi lain, ahli ekonomi meramalkan bacaan CPI jatuh 0.8% pada bulan April dan catat peningkatan 0.4% dari tahun ke tahun.

Jabatan buruh memaklumkan bahawa pengumpulan data bulan lalu terkesan berikutan penutupan sementara dari beberapa jenis pertubuhan. Maka indeks harga pengguna ini hanya berdasarkan kepada jumlah terkumpul yang lebih kecil berbanding kebiasaannya dan sebilangan kecil indeks yang biasanya diterbitkan tidak diterbitkan pada bulan April.

Tanpa mengambil kira komponen makanan dan tenaga, bacan CPI jatuh 0.4% pada bulan April. CPI teras jatuh merosot 0.1% dan meningkat 1.4% pada bacaan tahunan. Data indeks harga PCE teras pada bulan April akan dikeluarkan pada akhir bulan ini.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah pada paras 99.860 setakat jam 09.40 p.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat