Data Perbelanjaan Pengguna Mencatat Peningkatan Tertinggi Sejak 2009

88

Perbelanjaan pengguna (consumer spending) mecatat peningkatan tertinggi melebihi 8 tahun pada bulan September berikutan peningkatan perbelanjaan isirumah di Texas dan Florida. Manakala Inflasi teras sejajar dengan sasaran pada bulan September.

Berdasarkan Jabatan Perdagangan pada hari Isnin, perbelanjaan pengguna yang merangkumi dua pertiga aktiviti ekonomi U.S, meningkat 1.0% pada bulan lepas. berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan kenaikan 0.8% pada bulan September.

Peningkatan ini didorong oleh peningkatan perbelanjaan utiliti isirumah. Perbelanjaan utiliti isirumah merupakan pebelanjaan terbesar sejak bulan Ogos 2009. Manakala perbelanjaan pengguna meningkat sebanyak 0.1% pada bulan Ogos.

Pendapatan peribadi juga meningkat iaitu sebanyak 0.4% pada bulan September sejajar dengan jangkaan penganalisis. Namun pada bulan Ogos, bacaan mencatat peningkatan sebaanyak 0.2%.

Manakala indeks perbelanjaan penggunaan peribadi teras (core-PCE) meningkat 0.1%  bulanan pada bulan September, sejajar dengan jangkaan penganalisis.

Indeks perbelanjaan penggunaan peribadi teras (core-PCE) meningkat sebanyak 1.3% setahun pada bulan September, sejajar dengan sasaran.

PCE (personal consumption expenditure) adalah perbelanjaan penggunaan peribadi yang merupakan salah satu daripada data inflasi. Data ini adalah data yang dikatakan sebagai data inflasi pilihan utama The Fed. The Fed akan menggunakan core PCE sebagai alat untuk menentukan sama ada untuk menaikkan atau merendahkan kadar faedah.

Laporan juga melaporkan penggunaan peribadi benar (real personal consumption) meningkat 0.6% pada bulan lepas berbanding jangkaan yang mensasarkan peningkatan 0.5% dan diikuti dengan kejatuhan sebanyak 0.1% pada bulan Ogos.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain menyusut sebanyak 0.08% kepada 94.64 setakat jam 9.25 malam namun mengukuh jika dibandingkan dengan bacaan sebelum laporan dikeluarkan iaitu pada bacaan 94.60.

EUR/USD didagangkan pada 1.1609 berbanding sebelum laporan dikeluarkan iaitu pada 1.1627. GBP/USD didagangkan pada 1.3188 berbanding sebelumnya pada 1.3180. Manakala USD/JPY didagangkan pada 113.42 berbanding sebelumnya pada 113.65.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat