Data Perdagangan Barangan UK Menolak Jatuh Matawang Pound

159

Pound dicatat suram pada Jumaat selepas UK mengumumkan data perdagangan yang mengecewakan. Selain itu, matawang Greenback juga masih berada dibawah tekanan berikutan jangkaan kenaikan kadar yang semakin melemah.

GBP/USD mencecah 1.3336 pada awal pembukaan sesi Eropah.

gbp-usd-09-09
GBP/USD, 30 minit

Jabatan Statistik Kebangsaan UK sebelum ini melaporkan bahawa defisit perdagangan barangan mengecil kepada £ 11.76 bilion pada Julai dari £ 12.92 bilion pada Jun.

Kesan data pekerjaan Amerika Syarikat yang dikeluarkan Jumaat lalu menghancurkan harapan kenaikan kadar akan datang oleh Fed.

Sementara itu, sterling terus dicatat stabil berbanding euro dengan EUR/GBP didagang pada 0.8470.

Pasaran juga dilihat masih mencerna kenyataan yang diumumkan oleh ECB. Presiden ECB, Mario Draghi pada Khamis menyatakan bahawa dasar monetari semasa masih revelan dengan pertumbuhan ekonomi.

Sebelum ini, bank pusat itu meninggalkan kadar tidak berganjak kepada rekod terendah kepada 0.0%.

Brexit Bakal Menguntungkan Asia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat